Seorang wanita yang baru kehilangan suami selepas 35 tahun hidup bersama. Katanya, “Aku merindui suamiku. Pada saat dia mula dimasukkan ke hospital, kesunyian sudah mula menyelubungiku. Aku rindu akan rutin kami berdua. Aku rindu untuk bergaduh (kecil) dengannya tentang perkara-perkara remeh, seperti apa yang patut dimasak untuk makan tengahari. Kini, dia telah pergi untuk selamanya. Aku sunyi. Aku sepi”
Seorang rakan yang menempuh hidup keseorangan meluahkan rasanya, “Aku pernah merasai hidup berumahtangga dan dikelilingi teman-teman. Kini, aku berada di tempat yang baru lagi asing. Untuk pulang ke rumah yang kosong dan suram adalah satu keresahan bagiku.”
Ini baru sedikit dari entah berapa banyak keluh kesah dalam hidup manusia. Sebagai seorang insan, adalah lumrah dan fitrah untuk hidup berteman. Secara umumnya, manusia punya rasa takut untuk berseorangan. Saya pun tidak terkecuali, dan oleh kerana itulah, saya sering menghabiskan masa terluang bersama teman-teman yang juga belum berpasangan seperti saya.
“Engkau mungkin belum tahu, kerana engkau belum mengalami apa yang aku rasai. Engkau belum melihat apa yang aku telah lihat. Aku mengambil jalan yang orang lain tak berani ambil. Aku memilih penceraian dari hidup tanpa sefahaman. Agak radikal berbanding teman-temanku yang memilih untuk terus hidup dalam ikatan yang sudah tidak membahgiakan, kerana mereka takut akan kesunyian.” Walaupun pandangan saya mungkin berbeda, namun sebagai seorang yang berzodiak Libra dengan dacing sebagai simbolnya, saya dapat memahami sedikit sebanyak mengapa si polan ini berkata sedemikian.
“Jikalau kau mencari seorang sahabat, lihatlah ke dalam matanya dan kau akan nampak seorang sahabat. Jikalau cinta yang kau cari, sinarnya mungkin sirna dimamah waktu. Aku mencintai isteriku kerana dia sahabatku, pendampingku, kekuatanku, kasih dan nyawaku.” Lagi satu persepsi berbeza.
Memetik puisi Kahlil Gibran yang dideklamasikan di dalam filem ‘Sepi’ :
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku
Ya, saya juga merasakan yang saya akan sepi, di saat perhubungan yang terjalin terputus di tengah jalan. Di kala itu, terasa ingin cepat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan hati. Namun, kata-kata seorang teman yang pernah melalui kekecewaan yang sama mengingatkan saya, “Kalau kau fikir kau akan berseorangan, ingatlah bahawa Tuhan sentiasa ada bersamamu. Sesungguhnya, kau tidak keseorangan.” Kata-kata itu saya pegang, dan saya sedaya upaya cuba untuk bangkit ceria kembali tanpa cinta. Mujur ada rakan-rakan di sekeliling yang menghiburkan hati, sehingga saya dapat membuat pertimbangan tanpa dipengaruhi oleh emosi.
Hasilnya, saya lebih gembira dan tenang sekarang. Tidak perlu resah memikirkan masalah berkaitan cinta. Kata seorang teman yang lain, “Cinta itu sepatutnya buat kamu gembira, kalau lebih banyak berduka, tiada maknanya bercinta.” Saya setuju akan kata-katanya, sudah banyak saya membaca (walau mungkin agak ‘biased’ sedikit) akan wanita yang sanggup menderita emosi, zahir dan batin hanya kerana terlalu cintakan seseorang.
Seorang lagi insan yang saya kenal, cantik, bijak, baik hati, tapi memilih untuk hidup berseorangan berkata, “Mengapa perlu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada seseorang jika akhirnya kamu tau orang itu pasti akan meninggalkanmu? Mengapa perlu diamkan sahaja jika seseorang itu tidak melayanmu dengan baik? Tidakkah kamu rasa kamu mempunyai hak untuk itu?” Ini pun saya setuju. Cuma bagi saya, tak salah kalau bersabar sedikit, tapi harus tahu meletakkan had. Keyakinan diri, kalau sekali ia hancur, boleh mendatangkan trauma.
Pendapat saya tentang cinta? Dari dulu hingga sekarang, saya menganggap cinta itu satu keinginan untuk berteman. Dan perkahwinan adalah satu komitmen untuk menjadi teman kepada pasangan kita hingga akhir usia. Oleh sebab itulah, saya mendambakan seseorang yang menganggap saya sebagai temannya dan mahu bersama saya walau apa pun halangan dan dugaan menimpa. Bukannya seseorang yang bersama saya kerana saya ada pada saat dia mencari seseorang untuk mengisi kesunyian hidupnya. Wahai hati, bertenanglah. Tidak perlu gusar.
Somebody sent me this recently…”What if, I’ve gone bad, would you still love me? What if, I’ve gone astray, would you still lead me? What if, I’m weak, would you still give strength? What if I’m dead tomorrow, would you still remember me?” Jawapan saya, “I always have a place for you in my heart, I will lead you, give you strength and remember you, but I don’t think we are meant to be together.”
Nota ini ditulis hampir 8 bulan yang lepas rupanya. Sekarang sudah April. 2010. Sedang saya menyelak-nyelak fail-fail Microsoft Word yang saya simpan hasil “scribbling” di saat kebosanan, saya mendapati ada beberapa tulisan yang saya belum ‘publish’ di blog atau nota FB….ya kawan-kawan, saya simpan apa yang saya tulis. Pertama, sebab menulis itu terapi. Kedua, mana tahu ada orang nak terbitkan hasil penulisan saya yang huru-hara ini. Ha ha ha.
Oh ya, membaca kembali tulisan ini, hati terasa ingin menokok tambah lagi kerana banyak perkara dan pengalaman yang telah berlaku dan sedikit sebanyak memperkukuh dan mendewasakan diri. Juga belajar menghargai nilai sebuah kesabaran. But since I’m not in the mood to get mellow, let’s just publish this for this time, adieu.
Death is certain, life is not. Don’t worry too much about whatever that is in between.
1 comment:
kalau dah ade tu jgn lupe intro kat aku k..=)
Post a Comment