idio·syn·crasy noun pl. idiosyncrasies -·sies 1. the temperament or mental constitution peculiar to a person or group 2. any personal peculiarity, mannerism, etc. 3. an individual reaction to a drug, food, etc. that is different from the reaction of most
make my day :)
Monday, September 28, 2009
Kisah Ikan Terubuk & Telurnya
Ikan terubok ni ada 2 gred (as far as I know), one is the local one and another is the Siam mali one. The local one biasanya yang besar-besar…hari tu baru beli yang RM34/kg. Yang kecik-kecik tu rasanya Siam mali…biasanya ikan masin guna yang itu la, 4 ekor RM10 pun boleh dapat….tapi sedapla jugak. Telur ikan terubuk yang dimasinkan harganya agak mahal, mencecah RM100/kg….(air liur sedang meleleh semasa menulis tentang telur ikan terubuk ini). However, don’t ask me if terubuk lives in the river or sea, coz I don’t have any idea.
Berbalik kepada keluarga saya, sejak dari kecil lagi kami dah biasa makan ikan ni. Inilah satu-satunya ikan banyak tulang yang mak saya ajar kitorang makan dari kecik lagi. Dulu-dulu, dengan penuh kesabaran mak saya akan asingkan tulang dan suap anak-anaknya. Lepas tu, belajar makan sendiri…masih saya ingat lagi berapa kali saya tercekik tulang ikan sebab gelojoh. Terpaksa jadi budak yang tak banyak cakap selama beberapa jam (adik-adik saya pun sama). Huhu…tapi sekarang dah ayu gitu.
Biasanya kalau beli ikan terubuk di pasar, kami akan beli ikan terubuk betina yang sedang bertelur. Then, bawak balik rumah dan masak stim. Bila time nak makan tu, nobody will start until after everyone is seated around the table. My dad, peminat tegar telur ikan terubuk akan membahagi-bahagikan telur terubuk itu sama rata dan meletakkannya siap-siap dalam pinggan kitorang. Lepas tu, baru boleh baca doa dan makan ikan terubuk dan telurnya yang sangatla sedap itu walaupun mak saya masak sempoila sangat.
Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah di sebalik the simple act of dividing the fish’ eggs equally, lahir sifat sharing and caring antara kitorang adik beradik, so far, alhamdulillah takde sorang pun menunjukkan sifat tamak yang ketara. Kalau sorang makan sedap, semua pun akan merasa and vice versa. Kepada bakal-bakal calon menantu bapak saya, kalau datang rumah dan mak saya masak ikan terubuk stim tu, tau-taulah ye…jangan terus ambik telur ikan tu dan letak dalam pinggan awak. Orang lain pun nak merasa jugak.
Kepada adik-adik saya, should any of us lupa diri di masa depan, ingat-ingatlah the simple memory of us sitting around the dinner table, enjoying tiny portions of telur terubuk, and sharing the going-ons of our lives.
P/S: Ternangisla pulak….daym, I’m old..
Saturday, September 26, 2009
Spot on...tepat sekali!
-->You have a lot of things in your life that constantly bring you down, but you always try to smile and cover it up like nothing is wrong. You just want to live your life and not let your problems bring you down, as bad as you want to show it, you keep it to yourself
Was checking out the "Which Quote is the Quote for You?" on Facebook coz my friend, Miss F is doing the same quiz. Taken aback by the result. Termangu sekejap diriku ini. 88% mengena kat batang hidung.
P/S: also watch this Charlie Chaplin video on YouTube: www.youtube.com/watch?v=iu-rLA4POkI
Friday, September 25, 2009
dating bawah pokok
Memang tak romantik, kan. I was watching Seniman Bujang Lapok yesterday and there's a scene where P Ramlee ran across Saloma just when he's about to leave for job hunting..
"Cik Salmah, malam ni free tak? Kalau free, jom jumpa kat bawah pokok."
-_-
Kalaulah lelaki zaman sekarang can just be this direct. All this beating around the bush is not my cup of tea. It's such a turn off. My time is so precious I don't want to waste it to figure this kind of thing out. Apatah lagi di saat-saat hati ini tengah belum nak berapa buka.
Whateverla.
Wednesday, September 23, 2009
cucilah kesan sabun itu....
Raya ke-2, my dad's staff lost his 20 something year old brother, he learnt about that an hour after leaving our house. The brother died in the hospital after 3 weeks of being detained. Dia tergelincir kat bilik air, then semi-paralyzed...few days back he started to walk a little, but who knows it's just a facade of letting people to be happy before he left the world.
Raya ke-3, my dad learnt about the demise of one of his friends. Puncanya pun bermula dari peristiwa jatuh tergelincir di bilik air. Innalillah.
So, after mandi, please take a minute or two to wash off sisa-sisa sabun yang licin dari lantai bilik mandi, untuk keselamatan anda dan keluarga.
Al-Fatihah.
Tuesday, September 22, 2009
Jejak Kasut - Keluarga 69
Anyway, Uncle X is the champion la...I think he got married 5 times. His 5th wife is a very nice hardworking lady and I like her so much. Tadi, his ex-wife (the 2nd one) datang beraya ke rumah, dibawa oleh anak lelakinya...who found out about my mum coz his kids went to the school where mum is the vice principal. I never met this aunt of mine, they were already divorced by the time I was born, but mum knows her. It's even weirder to have a cousin that I didn't know about, growing up. My cousin is already 32 and have 4 kids. Think of all the births and the wedding that I didn't attend and bagi hadiah. And, I've carried all my cousins' children in my arms when they were small, think of the memories and the bond that should have been there since years ago.
Lama jugak diorang bertandang tadi. Lots of stories were exchanged. Me and my curious mind can't resist to ask questions (which I did in the most sensitive manner possible). Sekali sekala, kelihatan Mak Ngah Ani merenung jauh...I'll never know what she had gone through in the past 32 years...but my dramatic side is imagining a lot of things. She remarried in 2007, dengan seorang duda yang kehilangan isteri and have 4 grown up kids. His husband happens to be a close friend of my dad's brothers. Masa muda-muda dulu selalu tidur kat rumah atuk kitorang.
If Mak Ngah Ani's family came an hour earlier, she would have met with Uncle X's 5th wife (of 25 years). Uncle X tak ikut coz he's not well now. The stroke got him. If they came an hour later, they would have met Mak Uda's family, the only female in my dad's siblings. I was telling Mak Uda about Mak Ngah and her new husband. Was telling her that he used to hang out at their place dolu-dolu and she probably knows the guy.
She asked me what's his name. I told her.
Mak Uda terdiam sekejap dan menyimpul senyuman misterinya.
"Hehehehe...boyfriend Mak Uda dolok marek ya.." (dengan harapan Pak Uda tak dengar)
Dengan tak kontrol suara aku berkata, "Oh, bagus juakla kitak sik bertemu, kelak kenangan silam terbayang di mata kelak."
My mouth got rubbed. Nasib baik takde cili.
P/S: Ordered kuah kacang from Mak Uda for kenduri on Saturday. TC might also be coming and drink the peanut sauce like syrup.
Sunday, September 20, 2009
Entri Syawal
Raya this year is a bit different..
1. For some reasons, the preparatory work is completed earlier than usual, no last minute baking for yours truly..(even though I still haven't pasang langsir, and it's 9.30 pm on the 1st of Syawal)
2. We didn't go to one particular kampong this raya…not because I don't want to, but coz dad didn't feel like it…so we went back home at 4pm and slept afterwards..macam orang Arab la pulak…for the past years, tengah malam baru balik ke rumah…
3. Dapat hadiah kuih raya dari seseorang..
4. Kitorang beraya dengan sangat fluorescentnya, kaler hijau pucuk pisang
5. Half of the reasons why my dad malas nak sambung jalan raya, pegi rumah Mak Uda, kaler baju kitorang sama dengan sarung kusyen diorang, pegi rumah Pak Tua, sama dengan kaler dinding rumah yang baru dicat, pegi rumah my mom's colleague, sama kaler ngan baju anak-anak dia…alahai…and the fact that baju aku asyik tersangkut didn't help much either..
6. Spent a lot on makeup….hehehe, and influenced my sis to do so too
7. On hari raya ke-7, ada rombongan merisik akan datang, for my sis….my parents were inviting my uncles and aunties to come over (coz it's the tradition in our family to bermuafakat and meeting ramai-ramai hal nikah kahwin ni)…so of course, these are what they said…
"Siapa, Amal ke?"
"La…kena langkah bendul ke?"
"Dapat cincin free la kau macam ni…"
To which I answered,
"No langkah-langkah bendul, no cincin-cincin…for all that we know I might get married earlier than her."
(InsyaAllah dan dengan doa ke hadrat Ilahi)
8. My cousin, a really hot, good looking police officer, one year older than me, but still single, recently adopted a baby girl…cantik wooo, anak orang Kelantanese-Siam, the single mum couldn't pay off the hospital bills and couldn't afford to support the baby…I decided I want to adopt too….and my parents have no objection about it…my cousin is also going to go for the relactation program so she can be ibu susu for the baby ( I wrote something on breastfeeding in earlier posts). My mum said at least kalau aku ada baby, aku tak merayap sangat dan tak travel ke hulu ke hilir macam orang tak sedar diri.
The baby's name is Batrisya Ariana.
Mine is going to be Melati.
InsyaAllah
Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin
P/S: Gotta run run run…practice for 10km, daym
Monday, September 14, 2009
Kau begitu sempurna,
dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku,
akan s’lalu memuja mu
Disetiap langkah ku, ku ‘kan s’lalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu
[#:]
Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak ‘kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa
[Reff:]
Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~
Kau genggam tangan ku,
saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata,
dan hapus semua sesal ku
[#] ~~ [Reff]
Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~
P/S: hehehhehe....cair
Friday, September 11, 2009
malu-malu beruk
Tempat: Mulu Hall yang telah ditukar menjadi surau sementara, untuk berjemaah
Usai solat maghrib berjemaah, aku pun bersalam-salaman la dengan akak sebelah aku.
Akak yang baik : Eh, macam pernah jumpa sebelum ni...
Aku: (errrkkkk....tersipu-sipu) A'ah, dulu pernah datang belajar mengaji, sekali kot. (sebenarnya 2-3 kali aku rasa)
Akak yang baik: Sekali je?? **dengan senyum simpulnya
Nasib baik aku terpandang rakanku, Cik E yang duduk sebelah akak tu...aku taichi soalan tu kat dia...
Aku: Ha..E, sekali je?
Cik E menjawab pertanyaan itu dengan memeluk akak itu sebanyak 2 kali.
2 kali je?
Itulah....aku suruh ko pegi mengaji, ko pegi tengok wayang...
P/S: Saya cukup tidur sampai kelopak mata pun dah berlipat-lipat.
Thursday, September 10, 2009
diari sungkei 3
let's add another bimbo-esque entry here....as it's 20th Ramadhan already...lagipun, it gives me a break from being a nerd... ;)
so where did we stop? hmmm...nasi kerabu on 13th Ramadan...
Friday, 14th Ramadan: Makan lalapan empal kat Muara 2 Restoran kat depan rumah...makan ramai-ramai dgn Puan K, Cik E dan Cik F. Lepas tu hantar Cik F pegi airport & went chocolate hunting dengan Cik E. Banyak jugak aku spend malam tu on bakery ingredients & Ambi Pur stuffs.
Saturday, 15th Ramadan: Hari buat biskut dengan Cik Ae. After sahur terus start. Then terbongkang sekejap sambil baju dibasuh oleh washing machine. Keluar pergi beli mangkuk tingkat edisi khas oleh Tupperware (hehehe, mari beli beramai-ramai...cantik, kaler hijau kuning, sesuai dibawa ke rumah mak mertua di pagi Syawal, isk isk, sebak sebab bakal mak mertua pun belum ada...huhu)...then singgah beli air sekejap untuk dibawa ke rumah Encik R. Hari ni buka puasa kat rumah Encik R sebab lepas Maghrib, we're going to start preparing the food for sahur anak-anak yatim. Encik R buat ayam masak lemak cili api yang sangat lah sedapnya...belum campur lauk-lauk lain tu dan kuih muih yang dibawa oleh rakan-rakan. Lepas makan, kerahan tenaga until 2 am. Siap masak, hantar kat rumah anak yatim then kitorang melepak until sahur. Events pada hari ini telah menyebabkan gambar-gambar gumukku ditag dengan girangnya di facebook. Kalau aku untag semua, kang nanti kecik ati pulak.
Sunday, 16th Ramadan: Tidur membuta sampai 1.30 tengahari (actually bangun sebentar pukul 9.30). Then, siap-siap for iftar with Encik R dan rakan-rakan di Dynasty. Gambar masa ni I tak kisah masuk facebook (sebab saya rasa saya comel)...huhu....I didn't really stuff myself pun...just there sebab dah janji since di awal Ramadan lagi, to have a good time and to nibble different kind of food...lepas tu, ambik Cik F kat airport dan lepak kat Secret Recipe...(tiba² rasa nak makan benda manis, masa kat hotel tadi tak teringin pulak)...Mr Geek pun datang jugak...minum susu je...
Monday, 17th Ramadan: Saya teringin nak makan spaghetti buatan sendiri...so saya balik tepat pukul 4 dan sedia untuk memasak...nasib baik bahan-bahan dah ada so tak payah singgah kedai lagi. Puan K dan Puan S join sekali sebab lepas tu diorang nak tengok saya buat kek lapis untuk Puan K. Start dalam pukul 7.45pm and finished about 4 1/2 hours later....belum masuk sesi mengemas dapur dan membasuh tu. Puan S siap boleh masak nasi goreng lagi lepas tu sebab lapar. Alhamdulillah, hasilnya...I'm RM70 richer and have 2 dark circles underneath my eyes..
Tuesday, 18th Ramadan: Tekak saya mengidam McD lagi sebab hari tu tak dapat. Masuk minggu ni dah lebih sebulan saya punya rancangan nak makan McD tak kesampaian. Hari ni jugak tak kesampaian sebab TC the geek ikut sekali....don't know what kind of paradigm shift has gotten into him but he's not taking McD (luckily pizza still boleh), cutting down on soft drinks and eating VEGE!! So, since line kat McD tu panjang giler, and TC plan nak minum orange juice je...saya yang puasa ni kesianla pulak dengan dia yang tak puasa...masa tu Mr A ada sekali and he's a big fan of Sushi King. So, ke Sushi King la kami untuk berbuka...however, before we left, I sempat tapau cheeseburger (single, bukan double) supaya tak kempunan. :(
Wednesday, 19th Ramadan: It's 090909, spatutnya hari ini hari perkahwinan saya (dalam anganan saya jela tapi)....since anganan tak jadi kenyataan, so I'm treating it like any normal day. Buka puasa pun kat Cahaya Taufik je..yang penuh ngan budak-budak Curtin yang poyo dan membuat saya teringat zaman student saya yang poyo jugak. Then balik buat taik mata sebab dah berapa hari tak cukup tido. Pagi tadi, after sahur tengok cerita Pensil kat Astro Citra. Besh.
Thursday, 20th Ramadan: Hari ni company buat majlis berbuka puasa. So, saya nak makan free supaya boleh jimat duit. Hehehehe.
P/S: and I wonder la why my berat tak turun dengan banyak bulan puasa kali ni....mengapa ya?
Wednesday, September 9, 2009
selamat pagi
Jawab hati, cinta dalam jiwa
Tanya hati, apa sayang
Ia nampak dipandang
*from the film 'Anak Halal'
Monday, September 7, 2009
ZZaaSSSsssSS!!!!!
R: Kitak polah apa hujung minggu tok? Jomla lepak dengan kamek orang. Ada barbecue, nangga wayang, main boling.
Me: Nangga la dolok mun sik ada apa-apa program.
R: Apa salahnya lepak dengan kamek orang....sikkanla asyik-asyik dengan geng-geng kitak jak...at least lepak ngan kamek orang ada faedahnya juak...
Me: Hmmm, sebenarnya kamek lebih suka melepak dengan kawan-kawan yang melepak dengan kamek because they genuinely enjoy my company and care about me.
R: Jadi, kamek sik termasuk dalam golongan ya lah?
Me: Kitak pikirla dirik pun.
This one pulak, via MSN, this guy works in the same company as me, but across the border. Aku pun tak tau kenapa dia berminat nak kenal ngan aku, tapi chatting jela kalau ada masa. Pagi tadi, dia MSN lagi..
O: Hujung minggu tok kamek maok pegi Miri? Kitak keja kah?
Me: Sik.
O: Apa polah biasanya? Sikkan duduk rumah jak?
corner punya corner punya corner....rupanya, mamat ni nak ajak aku keluar...ek eleh...
then dia tanya lagi...
O: boleh kamek nanyak berat dan tinggi kitak berapa?
Me: kamek berat dan sik berapa tinggi...why is that important?
O: sik da..kamek tanyak ajak
Me: owh, actually bagi kamek lelaki yang suka tanyak berat dan tinggi tok orang laki jenis shallow minded
O: kamek sik suka kitak cakap macam ya dan kamek sik suka kitak samakan kamek dengan lelaki² lain...
Me: sorry, I'll just say whatever crosses my mind
Apa yang saya nak cakap di sini adalah:
1. Know your self worth and please draw a line on how people should treat u.
2. Don't let anybody (even yourself) mess with your self-esteem....it took me years to get over my low self esteem (I couldn't look at myself in the mirror halfway thru high school because I think I have bad acne problem, I know how it feels)
3. It feels really great to zass people....especially this kind of people...nothing to lose what...they're not even my real friends
Friday, September 4, 2009
Kalau
Dulu-dulu, aku selalu dengar kawan-kawan aku yang pure orang Kuching selalu gelakkan cara orang Miri bercakap….generally, lebih kurang je bahasanya, tapi tune je berlainan…aku tidak termasuk dalam orang-orang yang mengutuk itu sebab:
- aku tak suka kutuk orang (unless if it is sarcasm over something that they’ve actually done)
- my bahasa Melayu Sarawak is mixed. My dad is a pure bred Kuching-ite while mom is a Kedayan who has her own native language. So, masa aku kecik-kecik dulu, the way I talk is a cross between Melayu Sarawak and Melayu Baku. Bila bergaul dengan kawan-kawan kat sekolah baru berkembang sikit perbendaharaan kata. But still not good enough to figure out certain words that my dad used. Some of my friends siap ingat I dah tak pandai cakap Sarawak pure sebab spent too long living in KL. Memangla diorang ni suka komen pasal orang.
Antara yang paling suka orang ejek ialah perkataan “kalau” yang selalu digunakan oleh orang Miri….sebab orang Kuching guna perkataan “mun”. So, if a Kuching guy ask you where you are from and you said you are from Miri, then he will say…”oh, kalau kalau kalau”…
As for me, aku takde masalah. Aku kan campuran orang utara dan selatan Sarawak. Kalau something tu lawak, orang Miri akan cakap ‘cali’. Takde masalah, sebab dalam bahasa mak aku pun kitorang cakap ‘cali’. Aku rasa asal-usul perkataan ni adalah disebabkan oleh Charlie Chaplin yang suka buat lawak.
So, apalah masalah aku? I realized I’ve been using a lot of “kalau” in my sentences and conversations lately. Up to the point that IT IS BUGGING ME, that I actually stuttered or stop for a while to think of other words to use besides “kalau”.
I think maybe I’m evolving into orang Miri and am in denial. Buktinya, look at all the flight itineraries to get out of here on alternate weekends.
Aisshhhh…..kalaulah….
Thursday, September 3, 2009
Sungkei diaries Part II
Ahad, 9th Ramadan: saya tengok mak saya beli ikan bilis yang nampak sangat sedap. Jadi, saya mintak mak saya masakkan nasi lemak. Sedap dimakan bersama ayam goreng.
Isnin, 10th Ramadan: hari ni, kena ikut selera my dad pulak...kalau tak, derhaka...so, kitorang makan dalca daging lawan ngan ikan masin dan lauk-lauk lain. Kawan saya, Puan S bawakkan otak-otak dari Johor.
Selasa, 11th Ramadan: kembali ke Miri .berbuka puasa dengan TC (yang memang tak puasa) di Pizza Hut. We ordered splitzza since our tastes are different. Hawaiian Supreme and Royal Masala. Sempat lagi kutuk my choice..."The only place where pineapples should be is either in drinks, jam or tarts."
Rabu, 12th Ramadan: Iftar bersama-sama anak yatim. Kenikmatan nasi beriani restoran kegemaran kitorang dan ice cream Cornetto dinikmati bersama.
Khamis, 13th Ramadan: pukul 3 petang dah keluar dari ofis....my cubicle mates ingatkan I pegi toilet...tapi my handbag I simpan kat tempat orang lain...semua pasal nak tolong Cik F masakkan nasi kerabu kegemaran saya...ngeeeee....sekarang semuanya dah hampir siap dan the other girls pun dah sampai...so I resign dan lepak sambil memblog sementara menunggu waktu berbuka (37 minit lagi)...
tu jela.....jangan meleleh air liur, saya nak makan nasi kerabu!
Wednesday, September 2, 2009
berangan tak sudah
Sebelumnya, dia merupakan Pengarah Urusan MAS (syarikat penerbangan tambang mahal yang tak kasi kurma pun kat dalam flight time berbuka - tapi at least kasi kacang)
Sebelumnya lagi, he was on the company that I'm working now punye payroll.
Which means, I have the chance in Senate as well. My friends masa kat UM dulu told me that I ada bakat ganti Datuk Seri Rafidah Aziz (dan pakai baju kurung yang lebih cantik dari baju dia).
So, maybe I should start working hard now, be visible, then get promotions after promotions until dapat jadi MD at such a young age. Then, maybe one of the GLCs will pinjam me as their CEO. Then Senate. Then, jadi PM wanita pertama di Malaysia. Fast forward a few years - world domination. Wahahahahaha.
Which reminds me of my another analogy for day-dreaming...
Seorang anak raja sebuah negeri di Semenanjung yang hensem, married to a lady who works in the oil and gas industry, who have a chemical engineering degree.
That also could be me.
Ta-ta for now. Nak pergi cari anak raja.