make my day :)

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, June 3, 2011

love is in the air....

my dad and the vacuum cleaner...

love them both!

;P










Thursday, February 24, 2011

terjumpa Mr X - part 2

ok ni nak sambung cerita 4-5 hari lepas...

actually, aku ni kalau keluar weekend adalah sangat malas nak berhias...nak tepek essence jerawat segala, bedak, eyeliner, mascara etc etc....tudung pun malas nak gosok...kalau balik rumah kat Kuching sana, confirm aku akan bermanja kat mak atau adik aku mintak tolong gosokkan tudung... biasanya they just gave in sebab kalau nak tunggu aku gosok sendiri, mesti akan menyebabkan delay nak keluar rumah (either that, or aku pakai tudung hari semalamnya yg ku sembur dengan perfume..huhu)

so that day, since keluar dengan family je pun, aku pakaila baju kemeja tak gosok, jeans ngan selendang style arwah nenek aku pakai pegi rumah jiran.... memang nampakla outline telinga segala...muka pun aku tepek² bedak  ngan lip gloss Cosway ala kadar... nasib baik mata tak sembab sebab cukup tidur 8 jam.. masa adik aku call cakap Mr X ada kat food court, kitorang memang dah on the way nak ke sana pun, reaction pertama aku adalah pegi toilet tengok cermin... hahaha... yelah kalau aku nak buat muka sombong ngan dia pun, biarle muka sombong yang cantik sikit kan.. manala tau kot² ex kita tu tengah jalan ngan perempuan lain yang lagi ayu ke... imagine what that would do to my self-esteem.

anyway, for some reason.. I looked ok that day. Maybe because I just had my facial done and got plenty of sleep. My brother in law pun cakap aku nampak berseri hari tu (this one is subject to doubt, though). Masa turun tangga nak ke food court tu, aku terus cakap kat mak aku kat mana dia kena lalu so tak payah lalu meja Mr X tu ...aku siap suruh mak aku jangan pandang tepi, pandang straight ke depan je... but just as we were about to sit at my sister's table...mamat tu melambai kat mak aku la pulak (ntah macam mana ntah mak aku tertoleh kat dia) ... and he started walking towards our table... darn.

well, mungkin korang fikir I'm making such a big deal out of it kan... tapi aku memang patah hati sebab mamat ni...tinggal nasib baik semangat aku tak patah sekali.. aku pulak dah setahun setengah tak jumpa dia... so, my feeling masa dia nak datang tu agak bercampur-baur... dia gi salam ngan mak aku and my little brother, aku sebenarnya nak "high five atas angin" je ngan dia, tapi dah dia hulur tangan nak salam tu aku sambut jela...pastu aku duduk straight with my arms folded and head straight looking at my sister in front of me... aku ingatkan nak chow dah, tapi boleh dia pegi duduk kat kerusi sebelah aku yang kitorang letak goodies bag.

fine, ko nak sangat bertegur sapa kan.... fine, even though bertegur sapa ngan ko mengganggu sedikit (je) emosi aku yang stabil "zen" tahap dewa ni, takpe... ko berbudi aku kenalah berbahasa... aku happy kau further study, at least ko buat one of the things in our list dulu...aku sampai sekarang baru setakat pasang niat je untuk further study... I noticed that you lose the sparkle in your eyes, or was I the only one that's imagining it? takpela, yang penting aku (perasan)  yang aku semakin cantik, berseri dan ceria berbanding dulu.

itu jelah kisah aku jumpa Mr X...tak tau dah nak cakap apa.. just writing these words made my chest constricts macam masa mula-mula putus cinta dulu...but, I just have to let it out.

ok readers, see you on a happier note!

Sunday, February 20, 2011

terjumpa Mr X


Aku memang seorang wanita yang nampak cekal, tabah, cool dan berdikari. Tapi, pernah sekali, I was taken aback when a friend of a friend yang baru dikenali tiba-tiba buat statement macam ni pasal aku after baru sekali jumpa, "Amalia tu nampak je macam strong, tapi aku rasa dia ni stok-stok yang kalau nangis berjam-jam".

Ye, Encik Hafiz, bukan je aku tahan nangis berjam-jam....bahkan berhari-hari pun aku pernah nangis. Tapi biasanya jarang la aku nangis lama begitu dan aku akan limitkan sampai seminggu je...lebih dari tu akan membinasakan diri ye kawan-kawan. Nanti badan kekurangan garam la pulak kan. Last sekali aku nangis lelama masa broke up Mac 2009 yang lalu. Seminggu beb...makan pun tak lalu, duduk diam tak buat apa-apa pun air mata mengalir macam paip bocor. Makan pun untuk hidup je dan untuk sesiapa yang terasa susah nak diet tu, cubalah heartbreak diet kalau berani....memang confirm turun berat badanla, I must say.

Jejaka yang buat aku frust menonggeng ni kita panggil Mr X jelah ye, walaupun codename aku untuk dia adalah "mombok" atau dalam kata lainnya adalah hantu (as in ghost of my past)....since we lived within 90 minutes radius kat Kuching tu memangla possibility untuk terserempak itu ada walaupun kureng. Lebih-lebih lagi family aku memang selalu pergi ke kampung dia (by the way, the whole kampung also kind of knew about us).

Despite all that, aku baru terserempak dengan Mr X sekali je, itupun 2 bulan lepas kitorang putus. Family aku yang lain, selalu la terserempak dengan dia. Setiap kali terjumpa tu dia akan bersalam dan berbahasa-bahasi (one of the reasons why I fell in love with him, cold breakup aside). Well, yang itu aku tak kesah lagi....tapi kalau terjumpa time kenduri tu tak yahlah kot nak melepek dekat bapak aku... sungguh awkward okeh..

Anyway, semalam aku pergi temankan adik aku pergi education fair kat BCCK....sambil-sambil tanya pasal postgraduate programs yang ada la kan. Dapatla jugak tips-tips berguna untuk ambik GRE dan macam mana nak tulis karangan masa isi borang permohonan nanti. Kitorang pergi 5 orang, my sis and her husband, my mom, my brother and I. There were a lot of booths kat dalam tu...so my sis tak larat nak tunggu kitorang yang sibuk bertanya itu ini dan dia ajak hubby dia pergi makan kat tingkat bawah.

Then....she called me.

(to be continued, I nak gi breakfast dulu)


Sunday, February 6, 2011

sama ke serupa

Kadang-kadang, bila aku nampak gambar cousin aku yang sorang ni... aku akan confuse,

Aik, bila masa aku ada baju ni?

Bila masa aku pergi sini?

Eh, orang dalam gambar ni bukan kawan aku....hmmm...

See for yourself la...sama tak muka kitorang?






i think kalau muka aku innoccent suci and not in nakal rebellious mode, putih sikit and senyum tak nampak gigi... memang sebijik la kot... kan kan kan?

Sunday, January 16, 2011

Things to smile for today

Athirah doing the chicken dance.

Friday, January 7, 2011

Dear Mak

entri ini ditujukan khas buat mak saya, yang tanya saya busy sangat ke sampai tak update blog?


lain kali mak call jela saya, kan senang...

yes, I'm busy with work, after work, I'm busy re-reading Harry Potter & The Deathly Hallows, and guess what? After I'm finished with that, I have the new Percy Jackson Olympian book to finish.... got it from your favorite child, a.k.a my brother...we watched a movie last night..with his friends and his girlfriend

by the way, both of us will be spending the CNY holidays back home...ticket is quite expensive already, but it doesn't matter...we love you...it's going to be a week long holiday, so stock up the fridge and your stamina to cook every meals for your favorite child, which is not me... make sure dad doesn't meddle with your cooking coz the last time he did that, I got stomach ache that lasted for almost a week.. :(

that's all for now...TTYL

your daughter

Saturday, December 25, 2010

Saturday Blues

Mom & Dad left for Kuching already this morning.

I sent them up to Luak Shell station after breakfast (they're driving the second car home).

Balik rumah tengok dapur terasa sedih sebab 2, 3 hari yang lalu mak sangat aktif di dapur menghasilkan makanan yang lazat-lazat belaka sampai kitorang semua jadi gemuk.

Even looking at dad's cigarette butts made me sad.

Hari ni nak melangut je la sepanjang hari.

First time, tak sabar nak pegi kerja. ANY kind of distraction would do (except camping).

Thursday, December 23, 2010

Mari Belajar Bahasa Ibunda dan Ayahanda

I am on leave this whole week and after balik dari Brunei tak pergi mana-mana pun..but it's so nice to be on leave and not having to pack, unpack and getting on any flights for a change..

Yesterday, had things fixed around the house so kenala duduk rumah the whole day coz it took the contractors the whole day to work while we played UNO, Scrabble, Bingo, Snake & Ladder and cards while waiting....luckily my parents are around so we worked together to clean the house afterwards... sempat lagi my dad buat lawak...the day before kena tsunami sebab paip pecah, then kena volcanic ash pulak sebab habuk orang potong tiles tersebar ke serata rumah....

Today, we went out in the morning....hajat di hati nak ke Pasar Bekenu untuk cari udang galah....nak tau siapa yang mengidam? Dad, of course...and dia nak udang galah from sungai kat Miri/Limbang ok....coz rasa dia lain. Pening jugak sebab sekarang kan musim hujan mana ada orang pegi memancing... tapi syukur Alhamdulillah, mungkin sebab niat baik nak tunaikan hajat mak bapak, elok-elok turun dari kereta ada sorang makcik melintas bawak udang yang baru ditangkap guna bubu...besar-besar pulak tu....the timing couldn't be more perfect coz kalau miss beberapa saat je, that makcik mesti dah sampai pasar dah, dan udang-udang yang hanya 8 ekor tu mesti terpaksa berebut dengan orang-orang lain...sebab tak banyak ikan kat pasar...nelayan tak turun ke laut sebab gelora...

During our little road trip, Mom and Dad played a game....they challenged each other words in their own tongues (Dad guna bahasa Melayu Sarawak yang klasik and Mom guna bahasa Kedayan)...siapa yang paling banyak tak tahu maksud perkataan, dia yang kalah...the winner was Dad (of course).

Sempat jugak catch a few words yang saya tak pernah guna.....am putting a few down here..including some that I know but nice to share with you guys..

Bahasa Melayu Sarawak:

pecong - spider webs
kenyat - asyik-asyik nak lagi, nak lagi, nak lagi (tak pernah puas)
jaber - also known as "juruk"; tempat air kumbahan
ujung lunggin - tebing sungai
kelebar - kupu-kupu
kelontet - pepatung (dragonfly)
penjan - tingkap
ceridak - pengotor
gago - penyibuk
lalo - terlebih masak, overdue, boleh juga digunakan untuk describe golongan 'andalusia'..hehe

Bahasa Kedayan:

pelacahan - tempat air kumbahan
kulimambang - kupu-kupu
pidin - pepatung
balingkatak - katak (haiwan)
katak - penyakit di mana jari kaki rosak sampai kuku masuk dalam isi jari (something like that la)
lauk - ikan
gulaian - sayur-sayuran
kuyok - anjing
jilama - manusia
lampuh - gemuk
ranggau - tinggi
langai - luas, in different context can also means lonely

ok, tu jela...lain kali I ajar uols lagi...

Wednesday, December 22, 2010

who would want ONE kambing Boer for a pet?


my dad, of course. 

Tuesday, December 21, 2010

jejak kasih

a twist of fate (in this case an almost 4 hour wait at the Limbang-Brunei border), led us to getting in touch back with my mom's cousins in Bandar Seri Begawan...sebelum ni memang teringin nak carik balik diorang sebab masa kitorang kecik-kecik dulu memang selalu pergi menziarah, but eventually life got busier....

so, since the waiting at the border took up a lot of my energy, I decided to just check in into a hotel in Bandar and go cuti-cuti Brunei the next day....and idea brought me to track down my aunts and uncles using the phone directory and voila....we get to meet them up, talk over lunch...yada yada....and of all, add them on FB for mom's sake....

here's an 'old school' picture I found:


this is a photo of the aunts and uncles when they were little boys and girls....the 3 ladies are my maternal grandmother's sisters...I'm not familiar with the lady in the middle, but the other 2 neneks always went to my grandmother's house and also visited us at Kuching at times...

even though they're long gone by now, they still form a part of my childhood memories.

Sunday, December 5, 2010

opinions opinions....

nak tanya korang.....patut tak aku remove je orang-orang yang suka mengumpat dari facebook list?
kang nanti makinla kena umpat, silap-silap boleh merosakkan silaturrahim.....ke nak buat bodoh je, walaupun sampai ke tua nanti orang cakap aku sombong....apatah lagi kalau sedara-mara sendiri...hmmm

macam mana ek? what do u think? to remove or not remove?

Wednesday, September 1, 2010

dad's love


hari ni aku cuti, actually it all started bila aku kena kemas rumah coz it's my turn la pulak to host potluck for the singles in Miri...my house is so messy that I practically feel that I'm living in filth..so, bila dah start mengemas tu, mulalah jadi bersemangat sampai habis semua barang-barang aku rombak dan mana2 yang tak patut tu aku buang....hasilnya 5 plastik beg hitam besar dan kotak-kotak yang harus dibuang...kena buat 3 trip ke dumping ground since Majlis Bandaraya Miri tak ambik things outside the green trash can...

so, tadi masa tengah syok2 kemas bilik, my dad called...sangat panik ok bunyi dia...rupanya dia cemas sebab ada kawan dia cakap kat dia there is this one guy nak berkenalan dengan aku kat facebook....I have no idea how this guy knows about me...but I guess maybe from one of my dad's younger staffs....

Dad: ada ka orang message kau di facebook ka apa ka?
Me: ???? not that I know of
Dad: orang ya orang  **********, nya engineer kat *******
Me: huh? siney (mana) datang orang ya?
Dad: ada kawan bapak madah nya nak berkenalan dengan kau, maok add kau di facebook
Me: hmmm....banyak bah orang yang aku sik kenal add aku di facebook, sik tauk ku nak ney satu eh
Dad: jangan ko layan orang ya
Me: kenak (why)??
Dad: boleh sik jangan tanyak kenak....dengar jak cakap bapak
Me: yalah maok tauk juak kenak....
Dad: dengar cakap bapak, bapak sik suka nembiak ya....gila....bapak sik kira walaupun nya engineer ka apa...bapak sik maok ko melayan nya...sik ko nangga berita laki bini bertetak time sahor ya...gila lah ya 
Me: (oooo.... really emotional la pulak bapak aku ni).....jangan bingungla pak....aku ignore jak orang yang aku sik kenal yang add aku di facebook sebarang2 jak sik ada intro yang bagus...
Dad: jangan layan ok....bapak sik suka....nasib kawan bapak cerita ngan bapak tek...yalah bapak madah awal dengan kau...
Me: ok, is that all?
Dad: aok, bye, assalamualaikum.

hohoho... that conversation put a smile on my face...I'm 28 and having been taking care of myself extremely well (ye ke?)....and it's very nice and comforting to have somebody to be protective about me like that....yelah...guwe belum ada boyfriend or husband lagi maa....but my ex was over protective before....tu pun tak best jugak....my dad's protectiveness is just nice....and sometimes amusing...in the end of the day, I know I can always turn to him....masa aku heartbroken giler teruk dulu pun aku sanggup naik bas 15 jam (sebab flight sold out) semata-mata untuk balik rumah...maybe I haven't found my soulmate yet...but at the time being, true family love is more than good enough for me.

P/S: by the way, my dad is on facebook as well...(but he's not active....phewww)

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan so far...

Hari ni hari ke-8 umat Islam di Malaysia berpuasa. Sebenarnya, aku plan nak beli food from pasar ramadhan then just buka sorang² kat rumah, then pegi tarawih...but so far, 2 kali je aku bukak posa kat rumah....yang lain-lain tu aku bukak puasa kat Secret Recipe sekali (gara² Putree Sejinjang), kat Kaizen Seria, kat rumah mak angkat aku and 2 kali potluck kat rumah 'mereka yang baru pindah Miri' (sebab tu still semangat lagi buat potluck bagai)...potluck yang sengal tapi best. Mana taknye, ada sekali after buka and solat maghrib kitorang bershisha, then semalam pulak, ramai-ramai tengok SATC2 sambil minum nescafe tarik terbaek dari ladang....nasib baik semalam aku tak posa, kalau tak, memang kurus pahala puasa aku.

As for today, aku plan nak cari makanan kat Jalan TAR...flying to KL pukul 4 ptg ni, esok ada meeting pagi dan petang...plan aku, sampai KL Sentral je terus naik LRT check in kat Nikko then cabut pegi Jalan TAR rembat tudung, kuih raya and kalau bernasib baik, authentic Pantai Timur food like nasi kerabu ke, apa ke... sori tak sempat nak arrange jumpa korang this time around, my schedule is a bit tight...after meeting esok terus kena gerak ke airport before traffic jam, bukak posa pun kat airport jugakle nampaknya.

Sampai rumah will be midnight, then kena unpack and pack lagi sebab hari Jumaat tengahari balik Kuching....huhuhu, wajib balik di tengah bulan puasa, aku homesick (macam mana la agaknya kalo aku kawen or kalo aku kerja oversea ek)....and atas permintaan mak dan adik aku, on Saturday, insyaAllah we'll be having our iftar here:


I've already called and booked seats for my family....8 orang semuanya, mak aku suruh book awal-awal sebab nak duduk mengadap sungai...aku baca blog² orang lain mostly cakap pegi makan buffet ni membazir....aku pun berpendapat sedemikian...tapi sebab ini family aku, dan aku bukannya pergi berjimba² pun, so aku tak rasa guilty sangat...setahun sekali apa salahnya kan....lagipun buffet kat Grand Margherita ni memang best wa cakap lu... tengok entry aku tahun lepas pasal makan kat SINI....hehehe, lagipun aku dah call adik aku yang sorang lagi suruh dia top up sikit, so takdela ranap poket.... :)


P/S: one of my friends cakap after he closed his Internet Explorer tab after visiting my blog, multiple tabs pop out, if any of you are experiencing the same kind of thing, let me know ok.

Sunday, August 15, 2010

jadi mak andamla kunun

Ingat tak aritu aku sibuk-sibuk cerita pasal mekap, pasal kena jadi mak andam untuk majlis bertandang adik aku kat Betong, etc? The photos below are quite self-explanatory.





color palette tu aku beli time Stage ada sale last month

BEFORE:

AFTER:

4 HOURS AFTER:
*gambar ni nampak gelap sikit sebab Adin pergi letak sunset mode  -_-

Anyway, aku rasa sangat lega sebab berjaya jugak mekapkan puan pengantin ni....kelakar jugak bila ingat balik a few weeks before kitorang praktis mekap kat rumah pastu gaduh2 manja.. so far, sedara-mara aku ngan sedara-mara adik ipar aku suka tengok mekap ni...adik ipar aku pun suka sebab nampak soft je muka bini dia and aku pun tak tepek banyak2 mekap kat muka dia...pengantin lelaki aku letak loose powder ngan lip cream je....nak letak blusher takut kena tumbuk dush dush...

Thanks to Cik Farina for the useful tips you gave me ya!



Monday, August 2, 2010

of my sis' wedding and being a clown

Just a few short notes:

1. Am so happy that the wedding is finally over. Mom & Dad had been preparing for it for months now and everything went relatively smoothly.

2. Had little sleep over the last few days. Finally can sleep some more since I will be on leave until Tuesday.

3. Even though I can sleep now, but I still woke up at 3am....partly because I have the whole big room to myself (Zue, ko tau kan bilik aku tu besar mana) and partly because I need to 'berak'.

4. The dress that I made for the wedding is a bit too big....dah suruh my tailor alter, but because of the limited time, didn't manage to do it properly.

5. I had to wake up early and send my sister to the bridal saloon for makeup, so I decided to had my makeup there as well.....I ended up looking like a clown. Muka aku ni dahla merah, diletaknya blusher pink.....aghhhh kat mana ko belajar mekap mak andam oii......I wanted to wash off as I came to the house....but the khatam qur'an already about to start and guests started to come and I had to run errands, etc...seriously tak sempat....dahlah gincu kaler pink magenta letak kat bibir aku in full glossiness.... aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!! after aku dah lap-lap pun...I still look like a fool. But it didn't stop me from enjoying the day though....it's my sister's day after all, it's not about me...I need to take a break from being a diva after all......

but of course, that doesn't stop me from thinking I look horrible in the pictures.....benci benci benci....here's some snippets...the ones where I wore the peach scarf, is when I do my own face (which is nothing much), but I think it looks much better than the clown that I was made into.

OK. I finished downloading my personal frustration. Will blog about the wedding later, on a much happier note, after I got over the shock and humiliation of looking at my photos. The fact that I didn't have the time to go shopping for a new scarf for my dress didn't help either. OK. End of post. Layan the pics.

me and mom during the akad...usually I cried during my friends' akad....but not this time, even though after that looking at mom's emotion made me shed a tear or two

Thursday, July 22, 2010

soalan bonus

Soalan bonus kali ni lain sikit dengan soalan bonus yang biasa orang tanya:

"Kenapa gadis secantik kamu belum berkahwin lagi?"

dilontarkan dalam Bahasa Melayu yang kedengaran agak rasmi.

To which I don't have an answer.

Lagipun, I never really thought of myself as cantik pun. Kalau cantik pun macam bulan, tapi gerhana. Or lawa tiada, manis ada.

Tapi, kenapa ek?

Sebab saya dalam hal-hal macam ni memang agak malang?

ke....sebab saya macam Yuna tapi kembang?

hahahaha

|
|
|
|
|

sebab belum jodoh deh....

I believe if the timing and the person is right,

all the pieces will fit together.


**lil' sis nak kawen in less than 10 days' time! I'm so excited and happy for her......pergi KL ni harus mengangkut semua baju, kasut dan mekap sebab flying to Kuching direct from KL (another MYY-KCH ticket burned)...tapi, rasa sayu at the same time coz this will be the last time kitorang tido sama-sama kalau I balik rumah...biasanya kalau nak mengada-ngada dia akan peluk saya and saya peluk dia (kalau rimas, tendang guna kaki sampai jauh-jauh to the other side of the bed)....sekarang ni, saya peluk bantal jelah....

Wednesday, July 14, 2010

Resepi Best Ciptaan Saya


Bahan-bahannya:

1. Seorang adik yang akan berkahwin
2. Majlis bertandang yang baru ditentukan tarikhnya
3. Perancangan perjalanan yang separa lengkap
4. Syarikat penerbangan A yang sesuka hati mengubah tarikh
5. Syarikat penerbangan B yang sesuka hati menaikkan harga
6. 4 hours worth of road trip untuk ke kampung bakal adik ipar
7. Kakak pengantin yang merupakan pelanggan setia syarikat penerbangan A dan B
8. Satu 'open ticket' ke Bakelalan yang hampir tamat tempoh
9. Distraction secukup rasa
10.Emak yang blur sebagai hiasan
11.Sifat mengada-ngada secukup rasa

Langkah-Langkah Menyediakannya:

1. Pilih tarikh kahwin. (Sebelah pengantin perempuan).
2. Kakak pengantin beli tiket untuk majlis 1 dengan syarikat penerbangan A.
3. Syarikat penerbangan A menukar masa penerbangan menjadi sangat sesuai dan tidak berbaloi.
4. Kakak pengantin bengang dan berhasrat untuk menukar bahan 8 untuk hadir majlis 1 menggunakan syarikat penerbangan B.
5. Semasa di airport, kakak menelefon emak yang blur tentang niatnya untuk mendapatkan tiket baru. Emak memberitahu tentang tarikh majlis bertandang. Kakak menukar bahan 8 untuk majlis bertandang (one way) sahaja dan dikenakan caj tambahan sebanyak RM70.
6. Kakak pergi ke syarikat penerbangan A untuk menukar flight secara percuma (first time tukar je percuma). Satu bahagian untuk ke majlis 1 dan satu bahagian untuk balik dari majlis 2 (sebelah lelaki).
7. Kakak juga turut membeli tiket baru untuk balik dari majlis 1 dengan syarikat penerbangan B.
8. Adik tiba-tiba menyuruh kakak untuk menukar laluan perjalanannya bagi majlis 2 supaya bahan 3 dan bahan 6 dapat dijalankan secara optimum.
9. Adunan dibiarkan untuk beberapa ketika dan dicampur dengan 'distraction'.
10. Setelah adunan betul-betul kembang, kakak pergi ke airport semula untuk menukar laluan bagi majlis 2 menggunakan bahan 8 yang telah ditukar dalam langkah 5.
11. Kakak terlupa yang dia telah melakukan langkah 7, jadi kakak telah meminta return ticket untuk ke destinasi majlis 2, instead of one way. Harganya adalah lebih mahal berbanding jika dibeli secara online.
12. Jadi, kakak mengada-ngada tukar bahan 8 untuk perjalanan balik bulan puasa (alasan: rindu masakan emak yang blur). Kena bayar denda RM50.Tiket ini untuk one-way sahaja.
13. Kakak beli tiket pergi balik untuk ke majlis 2.
14. Kakak beli tiket balik dari trip bulan puasa (langkah 12).
15. Kakak update travel plan dan baru perasan kesilapannya.
16. Biarkan kakak masak dengan perasaan bengang buat seketika. (Dahla kakak itu tengah tight budget sampai hujung tahun ni).
17. Gaul hingga sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Tuangkan dalam mangkuk jenama blogspot.

Hasilnya:

3 tiket balik ke MYY pada 8 Ogos (satu tu memang confirm tak nak naik sebab awal sangat, so on that day boleh pilih yang mana satu nak pakai).

Wang yang sepatutnya dibelanjakan: RM50 - iaitu wang denda untuk menukar destinasi bahan 8.

Wang yang telah dibelanjakan: RM50 + RM233 (return ticket majlis 2) + RM119 (balik dari trip bulan puasa) + RM28 (tiket asal majlis 1) + RM89 (tiket yang telah dibeli di langkah 7)= RM519

Wang yang dibazirkan (sebab tiada dalam plan asal) dan kerana terlebih distraction: RM233 + RM119 + RM28 + RM89 = RM469

Tiket balik bulan puasa (sepatutnya, kalau return dan takde drama-drama macam  ni): RM253

Tapi, sebab balik time bulan puasa tu menyenangkan hati orang tua, anggap la akak tu rugi dalam RM216 je.....mari kita sama-sama salahkan distraction tu....so, kalau tengah masak jangan tinggalkan masakan anda dan pergi buat kerja lain atau melamun....dan janganlah malas bekerja.



P/S: Actually tahun ni, nak isi sampul duit raya tu dengan banyak sikit saguhatinya...but looking at the current situation, macam less budget for duit raya tahun ni...so aku nak sedia XX paket jelah...siapa cepat dia dapat!

Korang mesti ingat aku el-cheapo gilerr kan....but looking at how many balik kampung trips I have to make and other trips, I have to be aware of my budget.

Sunday, July 11, 2010

Who the hell knows?!

I just got back from spending less than 24 hours with my family. Albeit short, I really did a lot of things. My brother, sister, dad, future brother in law and I went to watch Eclipse at midnight. At the graduation scene, I was thinking that the valedictorian speech is beautiful, when dad exclaimed quite loudly that it is so wrongg!!! Adoi, nasib baik cinema tu gelap....and I'm so used to him buat commentary sendiri while watching movies....anyway... am posting the speech here. I like it, do you?




"When we were five, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answers were thing like astronaut, president, or in my case… princess.

When we were ten, they asked again and we answered - rock star, cowboy, or in my case, gold medalist. But now that we've grown up, they want a serious answer. Well, how 'bout this: who the hell knows?!

This isn't the time to make hard and fast decisions, its time to make mistakes. Take the wrong train and get stuck somewhere chill. Fall in love - a lot. Major in philosophy 'cause there's no way to make a career out of that. Change your mind. Then change it again, because nothing is permanent.

So make as many mistakes as you can. That way, someday, when they ask again what we want to be… we won't have to guess. We'll know."  

Sunday, May 16, 2010

how would i look in 20 years?

I came across this website today... all u have to do is upload a photo of yours....and the website will generate an image of how u would look like in 20 years...hahaha.....

so i uploaded 2 photos of mine and here are what i got...




hmmmm....not bad jugak....maintain...albeit with some pigmentations here and there...tapi macam garang je.... i would prefer to look like this...


hehehehhehehehe....luv u mom

Friday, April 23, 2010

pulanglah...

walau sejauh mana kaki melangkah...ingatlah orang-orang yang anda sayang...ibu bapa, adik beradik...bla bla bla...pulanglah ke rumah

apalah guna dunia yang bisa digenggam, bila tak ada cinta dan kasih sayang keluarga...(I said this sebab belum punya kekasih)....

pulanglah, pulanglah...kalau AirAsia mahal...gunalah MAS Get-the-Deal...promotion Balik Kampung Hari-Hari....

mommy, daddy, even though I don't call home often....I really, really love you both.

adik-adik pun begitu.

and I can't wait for the delicious, sumptious seafood dinner next weekend...

ooh la la!


* I look at my flight schedule tadi....year to date, I've flown 14 times....gonna do it again insyaAllah 9 times in May , 7 times in June.. July is a bit packed as well....bulan puasa insaf sekejap la....thank God I haven't planned anything for next year. 2011 nak relax sikit and cari boyfriend. Hahahahaha. 2010 is indeed gonna be a great year (even though I won't be getting my promotion)!
Related Posts with Thumbnails