sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik IT, di samping sebagai langkah untuk mengurangkan masa yang digunakan untuk melayari laman web semasa di pejabat dan justeru meningkatkan produktiviti, saya telah mebuat keputusan untuk membuka akau streamyx bagi kediaman saya.
sekarang, seluruh dunia dan ilmu pengetahuan berada di hujung jari saya....tapi, saya tak ada idea apa lagi nak buat selain dari main facebook, check email dan baca berita gosip...saya tiada kesabaran dan minat untuk upload muzik atau filem....youtube pun saya jarang bukak.... sampai di rumah idea pun tiada...dan ada banyak benda lain yg boleh saya lakukan di rumah seperti kemas rumah, basuh baju, tengok TV atau main Nintendo Wii yang sangat baik untuk kesihatan...sekarang, kena bahagikan masa untuk bertapa di depan komputer pulak...daym internet is addictive.
jadi, apa faedahnya steamyx ini kepada saya? whateverla....
No comments:
Post a Comment