make my day :)

Monday, September 28, 2009

Kisah Ikan Terubuk & Telurnya

My family’s favourite fish is ikan terubok. It’s the most famous fish in Sarawak, especially Kuching. Alaaaa….ikan yang banyak tulang tu…. Ikan terubok yang fresh isinya lemak manis dan disukai ramai. Sedappppp.

Ikan terubok ni ada 2 gred (as far as I know), one is the local one and another is the Siam mali one. The local one biasanya yang besar-besar…hari tu baru beli yang RM34/kg. Yang kecik-kecik tu rasanya Siam mali…biasanya ikan masin guna yang itu la, 4 ekor RM10 pun boleh dapat….tapi sedapla jugak. Telur ikan terubuk yang dimasinkan harganya agak mahal, mencecah RM100/kg….(air liur sedang meleleh semasa menulis tentang telur ikan terubuk ini). However, don’t ask me if terubuk lives in the river or sea, coz I don’t have any idea.

Berbalik kepada keluarga saya, sejak dari kecil lagi kami dah biasa makan ikan ni. Inilah satu-satunya ikan banyak tulang yang mak saya ajar kitorang makan dari kecik lagi. Dulu-dulu, dengan penuh kesabaran mak saya akan asingkan tulang dan suap anak-anaknya. Lepas tu, belajar makan sendiri…masih saya ingat lagi berapa kali saya tercekik tulang ikan sebab gelojoh. Terpaksa jadi budak yang tak banyak cakap selama beberapa jam (adik-adik saya pun sama). Huhu…tapi sekarang dah ayu gitu.

Biasanya kalau beli ikan terubuk di pasar, kami akan beli ikan terubuk betina yang sedang bertelur. Then, bawak balik rumah dan masak stim. Bila time nak makan tu, nobody will start until after everyone is seated around the table. My dad, peminat tegar telur ikan terubuk akan membahagi-bahagikan telur terubuk itu sama rata dan meletakkannya siap-siap dalam pinggan kitorang. Lepas tu, baru boleh baca doa dan makan ikan terubuk dan telurnya yang sangatla sedap itu walaupun mak saya masak sempoila sangat.

Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah di sebalik the simple act of dividing the fish’ eggs equally, lahir sifat sharing and caring antara kitorang adik beradik, so far, alhamdulillah takde sorang pun menunjukkan sifat tamak yang ketara. Kalau sorang makan sedap, semua pun akan merasa and vice versa. Kepada bakal-bakal calon menantu bapak saya, kalau datang rumah dan mak saya masak ikan terubuk stim tu, tau-taulah ye…jangan terus ambik telur ikan tu dan letak dalam pinggan awak. Orang lain pun nak merasa jugak.

Kepada adik-adik saya, should any of us lupa diri di masa depan, ingat-ingatlah the simple memory of us sitting around the dinner table, enjoying tiny portions of telur terubuk, and sharing the going-ons of our lives.

P/S: Ternangisla pulak….daym, I’m old..

No comments:

Related Posts with Thumbnails