Semua orang ada kisah cinta pertamanya. Kebanyakan orang pasti akan berkata kisah cinta pertama sukar untuk dilupakan. Yelah, masa tula kita mula mengajar erti cinta, dicintai dan mencintai. Erti tolak-ansur dan kerjasama serta berkongsi perasaan pahit, manis, sedih dan gembira bersama.
Kenapa pula saya nak bercerita tentang ini pada kali ini? Macam ni, malam tadi saya tidur awal sebab esoknya nak keluar awal untuk temujanji sarapan dengan seorang rakan di Imperial. Entah bagaimana, saya bermimpi terjumpa cinta pertama saya. Dia datang ke rumah, bermesra bersama adik-beradik saya (as if they are catching up on all the lost years). Saya datang menghampiri mereka, tidak pasti apa yang perlu saya lakukan. Dia menoleh, menatap wajah saya dan menghulurkan tangan. Tangannya saya sambut dan dia menguntumkan sebuah senyuman yang pernah menghiasi hidup saya sambil menarik saya untuk duduk di sisinya. Saya hanya mampu berasa sebak pada saat itu dan tiba-tiba saya terbangun (tidak tahu pukul berapa). Rasa mengantuk membuatkan saya tidur semula dan tidak memikirkan akan mimpi tersebut. Lagipun, biasanya saya jarang mengingati apa yang saya mimpikan, but somehow rasa sebak yang saya rasai dalam mimpi masih meruntun jiwa saya dan ingin saya lepaskan di ruang ini.
Saya mengenali cinta pertama saya, F pada bulan Februari 2000. Takdir menentukan kami berada di dalam satu kumpulan yang sama pada minggu suaikenal. Seperti kebanyakan minggu suaikenal yang lain, kami disuruh mengumpulkan tandatangan pelajar yang lebih senior. Oleh kerana saya sudah melalui pengalaman begini ketika di sekolah berasrama penuh dahulu, jadi saya tidak begitu mengambil berat tentangnya, sedangkan kebanyakan rakan-rakan yang lain sibuk nak melengkapkan tandatangan yang belum dikumpul, termasuk F. Pada mula saya sedar akan kewujudannya, dia sedang meminta tandatangan dari seorang senior yang garang. Entah apa yang dilakukan oleh senior itu saya tidak ingat, tetapi selepas itu dia terus mengoyak buku nota yang mengandungi segala tandatangan yang sudah dikumpul dan terus membuangnya ke dalam tong sampah. Hal itu merupakan permulaan saya tertarik padanya. Dan, siapa sangka, selepas minggu suaikenal berakhir, takdir menempatkan kami di dalam kelas yang sama.........
*it's getting long and we've only just begun, macam tulis novel la pulak kan.....so, nantikan sambungannya....
1 comment:
sambungannya gik please ;)
Post a Comment