make my day :)

Wednesday, July 14, 2010

Resepi Best Ciptaan Saya


Bahan-bahannya:

1. Seorang adik yang akan berkahwin
2. Majlis bertandang yang baru ditentukan tarikhnya
3. Perancangan perjalanan yang separa lengkap
4. Syarikat penerbangan A yang sesuka hati mengubah tarikh
5. Syarikat penerbangan B yang sesuka hati menaikkan harga
6. 4 hours worth of road trip untuk ke kampung bakal adik ipar
7. Kakak pengantin yang merupakan pelanggan setia syarikat penerbangan A dan B
8. Satu 'open ticket' ke Bakelalan yang hampir tamat tempoh
9. Distraction secukup rasa
10.Emak yang blur sebagai hiasan
11.Sifat mengada-ngada secukup rasa

Langkah-Langkah Menyediakannya:

1. Pilih tarikh kahwin. (Sebelah pengantin perempuan).
2. Kakak pengantin beli tiket untuk majlis 1 dengan syarikat penerbangan A.
3. Syarikat penerbangan A menukar masa penerbangan menjadi sangat sesuai dan tidak berbaloi.
4. Kakak pengantin bengang dan berhasrat untuk menukar bahan 8 untuk hadir majlis 1 menggunakan syarikat penerbangan B.
5. Semasa di airport, kakak menelefon emak yang blur tentang niatnya untuk mendapatkan tiket baru. Emak memberitahu tentang tarikh majlis bertandang. Kakak menukar bahan 8 untuk majlis bertandang (one way) sahaja dan dikenakan caj tambahan sebanyak RM70.
6. Kakak pergi ke syarikat penerbangan A untuk menukar flight secara percuma (first time tukar je percuma). Satu bahagian untuk ke majlis 1 dan satu bahagian untuk balik dari majlis 2 (sebelah lelaki).
7. Kakak juga turut membeli tiket baru untuk balik dari majlis 1 dengan syarikat penerbangan B.
8. Adik tiba-tiba menyuruh kakak untuk menukar laluan perjalanannya bagi majlis 2 supaya bahan 3 dan bahan 6 dapat dijalankan secara optimum.
9. Adunan dibiarkan untuk beberapa ketika dan dicampur dengan 'distraction'.
10. Setelah adunan betul-betul kembang, kakak pergi ke airport semula untuk menukar laluan bagi majlis 2 menggunakan bahan 8 yang telah ditukar dalam langkah 5.
11. Kakak terlupa yang dia telah melakukan langkah 7, jadi kakak telah meminta return ticket untuk ke destinasi majlis 2, instead of one way. Harganya adalah lebih mahal berbanding jika dibeli secara online.
12. Jadi, kakak mengada-ngada tukar bahan 8 untuk perjalanan balik bulan puasa (alasan: rindu masakan emak yang blur). Kena bayar denda RM50.Tiket ini untuk one-way sahaja.
13. Kakak beli tiket pergi balik untuk ke majlis 2.
14. Kakak beli tiket balik dari trip bulan puasa (langkah 12).
15. Kakak update travel plan dan baru perasan kesilapannya.
16. Biarkan kakak masak dengan perasaan bengang buat seketika. (Dahla kakak itu tengah tight budget sampai hujung tahun ni).
17. Gaul hingga sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Tuangkan dalam mangkuk jenama blogspot.

Hasilnya:

3 tiket balik ke MYY pada 8 Ogos (satu tu memang confirm tak nak naik sebab awal sangat, so on that day boleh pilih yang mana satu nak pakai).

Wang yang sepatutnya dibelanjakan: RM50 - iaitu wang denda untuk menukar destinasi bahan 8.

Wang yang telah dibelanjakan: RM50 + RM233 (return ticket majlis 2) + RM119 (balik dari trip bulan puasa) + RM28 (tiket asal majlis 1) + RM89 (tiket yang telah dibeli di langkah 7)= RM519

Wang yang dibazirkan (sebab tiada dalam plan asal) dan kerana terlebih distraction: RM233 + RM119 + RM28 + RM89 = RM469

Tiket balik bulan puasa (sepatutnya, kalau return dan takde drama-drama macam  ni): RM253

Tapi, sebab balik time bulan puasa tu menyenangkan hati orang tua, anggap la akak tu rugi dalam RM216 je.....mari kita sama-sama salahkan distraction tu....so, kalau tengah masak jangan tinggalkan masakan anda dan pergi buat kerja lain atau melamun....dan janganlah malas bekerja.



P/S: Actually tahun ni, nak isi sampul duit raya tu dengan banyak sikit saguhatinya...but looking at the current situation, macam less budget for duit raya tahun ni...so aku nak sedia XX paket jelah...siapa cepat dia dapat!

Korang mesti ingat aku el-cheapo gilerr kan....but looking at how many balik kampung trips I have to make and other trips, I have to be aware of my budget.

No comments:

Related Posts with Thumbnails