make my day :)

Thursday, February 24, 2011

terjumpa Mr X - part 2

ok ni nak sambung cerita 4-5 hari lepas...

actually, aku ni kalau keluar weekend adalah sangat malas nak berhias...nak tepek essence jerawat segala, bedak, eyeliner, mascara etc etc....tudung pun malas nak gosok...kalau balik rumah kat Kuching sana, confirm aku akan bermanja kat mak atau adik aku mintak tolong gosokkan tudung... biasanya they just gave in sebab kalau nak tunggu aku gosok sendiri, mesti akan menyebabkan delay nak keluar rumah (either that, or aku pakai tudung hari semalamnya yg ku sembur dengan perfume..huhu)

so that day, since keluar dengan family je pun, aku pakaila baju kemeja tak gosok, jeans ngan selendang style arwah nenek aku pakai pegi rumah jiran.... memang nampakla outline telinga segala...muka pun aku tepek² bedak  ngan lip gloss Cosway ala kadar... nasib baik mata tak sembab sebab cukup tidur 8 jam.. masa adik aku call cakap Mr X ada kat food court, kitorang memang dah on the way nak ke sana pun, reaction pertama aku adalah pegi toilet tengok cermin... hahaha... yelah kalau aku nak buat muka sombong ngan dia pun, biarle muka sombong yang cantik sikit kan.. manala tau kot² ex kita tu tengah jalan ngan perempuan lain yang lagi ayu ke... imagine what that would do to my self-esteem.

anyway, for some reason.. I looked ok that day. Maybe because I just had my facial done and got plenty of sleep. My brother in law pun cakap aku nampak berseri hari tu (this one is subject to doubt, though). Masa turun tangga nak ke food court tu, aku terus cakap kat mak aku kat mana dia kena lalu so tak payah lalu meja Mr X tu ...aku siap suruh mak aku jangan pandang tepi, pandang straight ke depan je... but just as we were about to sit at my sister's table...mamat tu melambai kat mak aku la pulak (ntah macam mana ntah mak aku tertoleh kat dia) ... and he started walking towards our table... darn.

well, mungkin korang fikir I'm making such a big deal out of it kan... tapi aku memang patah hati sebab mamat ni...tinggal nasib baik semangat aku tak patah sekali.. aku pulak dah setahun setengah tak jumpa dia... so, my feeling masa dia nak datang tu agak bercampur-baur... dia gi salam ngan mak aku and my little brother, aku sebenarnya nak "high five atas angin" je ngan dia, tapi dah dia hulur tangan nak salam tu aku sambut jela...pastu aku duduk straight with my arms folded and head straight looking at my sister in front of me... aku ingatkan nak chow dah, tapi boleh dia pegi duduk kat kerusi sebelah aku yang kitorang letak goodies bag.

fine, ko nak sangat bertegur sapa kan.... fine, even though bertegur sapa ngan ko mengganggu sedikit (je) emosi aku yang stabil "zen" tahap dewa ni, takpe... ko berbudi aku kenalah berbahasa... aku happy kau further study, at least ko buat one of the things in our list dulu...aku sampai sekarang baru setakat pasang niat je untuk further study... I noticed that you lose the sparkle in your eyes, or was I the only one that's imagining it? takpela, yang penting aku (perasan)  yang aku semakin cantik, berseri dan ceria berbanding dulu.

itu jelah kisah aku jumpa Mr X...tak tau dah nak cakap apa.. just writing these words made my chest constricts macam masa mula-mula putus cinta dulu...but, I just have to let it out.

ok readers, see you on a happier note!

1 comment:

kejora said...

kak amalia, you are happier...life is...interesting and wonderful...insyaAllah :)

Related Posts with Thumbnails