make my day :)

Friday, October 2, 2009

luahan hati seorang katak puru

Salah ke kalau aku membatukan hati aku?
Salah ke kalau aku rasa bercinta ni pointless?
Salah ke kalau aku enjoy my life to the max while still in this hiatus mode?
Salah ke kalau aku serahkan semua kepada Allah?
Salah ke kalau aku anggap membalas sms itu adalah usaha (walaupun tak seberapa)?
Salah ke kalau aku menunggu orang yang sependapat dengan aku?

Janganlah lecture-lecture aku.
Aku tau apa yang aku nak.
Aku takkan kahwin for the sake of kahwin.
But at the same time, aku tak nakla bercinta.
Penat. Macam sekarang ok. Kenal-kenal without commitment.
Kalau dah commit nak kahwin baru boleh bercinta.
Kalau tak berani, nasib aaa. Aku carik orang yang berani.
Kalau terlepas, aku anggap je takde jodoh.
Tak semua makhluk Tuhan yang berpasangan ni gembira.
Kalau semua gembira, orang yang kerja kat mahkamah syari’ah boleh goyang kaki.
Memetik kata-kata kawanku seorang duda,
“Aku mengambil jalan yang orang lain tak berani ambil. Aku memilih penceraian dari hidup tanpa sefahaman. Agak radikal berbanding teman-temanku yang memilih untuk terus hidup dalam ikatan yang sudah tidak membahgiakan, kerana mereka takut akan kesunyian.”

Tolonglah percaya bila aku cakap aku gembira macam ni.
Kita ni manusia, under the guiding hands of God.
InsyaAllah, when everything is right, automatic hati akan terbuka.
Janganlah cakap aku memilih dan akan menyesal di kemudian hari.
Tak baik tau cakap macam tu. Mendoakan yang tak baik pulak.
Aku punya gut instinct cakap aku patut rileks aja.
It’s nice to have yourself at the top of your priority.
Lagipun, aku happy.
Dengan family dan kawan-kawan yang aku suka.

Tak caya?
Tengok gambar-gambar aku di facebook.
Sikit punya lebar aku senyum.


P/S: nak share a bit lagu jiwang yang saya suka:

Dari Hati Ke hati

Tinggilah tinggi
Tinggi tinggi burung di awan
Akhirnya engkau turun
Akhirnya turun mencari kawan

Terbang di awan
Turun mari ke dalam taman
Kalau mencari kawan
Mencari kawan biarlah padan

Bukan sahaja
Bukan saja kita kemari
Kita bercinta
Curahkan rahsia hati ke hati

Burung tempua
Sana sini mencari sarang
Kalau hati dah suka
Samalah kita terbang pulang

No comments:

Related Posts with Thumbnails