Satu lagi kematian dalam keluarga angkat yang saya (dan kawan saya, Cik F) sayangi kat Miri ni. Pakcik meninggal awal petang semalam. Saya baru dapat tahu malamnya dan terus bergegas ke sana. Pagi ni jenazah selamat dimandi dan dikuburkan (bersebelahan dengan pusara anaknya).
Pakcik seorang yang tak banyak cakap. Tapi, kalau dia bercakap, memang banyak idea yang nak dibualkan. Dari politik ke hal-hal memancing ikan. Ada sekali tu, Pakcik tolong hantarkan saya ke airport. Jarang berbual panjang dengan dia, sebab kalau pergi ke rumahnya, saya lebih senang berborak dengan kaum wanita (Makcik dan anak-anaknya).
Pagi tadi, semasa menunggu jenazah diuruskan, Makcik berkata kepada saya dan Cik F, "Teringat makcik, arwah tu kalau dengar je kamu berdua nak datang, sibuk dia pegi beli makanan untuk dimasak untuk kamu, dialah yang paling beria-ia." Saya tidak dapat menahan terharu dan air mata.
Terima kasih Pakcik. Untuk segalanya. Semoga tenang di alam sana.
Al-Fatihah

No comments:
Post a Comment