Kepada rakan-rakanku yang dihormati dan dirahmati serta dikenangi sepanjang pagi dan petang…
Yeay! My favorite drama series ever, Rosli Dhoby – Warkah Terakhir sedang disiarkan secara marathon di Astro Citra, saluran 131 sempena sambutan Hari Kebangsaan. Beliau mungkin kurang dikenali berbanding tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain, but as a true Sarawakian, saya dibesarkan dengan mengenali beliau sebagai salah seorang wira Sarwak (seperti Rentap, yang rasanya lebih ramai orang kenal).
Jadi, saya berasa amat teruja bila KL Motion Pictures dan Cik Wan Hasliza tampil dengan siri drama ini (sehingga saya sanggup langgan Astro Citra dan influenced my mum to do so too) hehehehe… lagipun drama ni dihasilkan dalam bahasa Sarawak. Bersungguh-sungguh si Beto Kushairy dan actors lain yang bukan orang Sarawak belajar bahasa ibundaku ini…hehe
Drama ini memaparkan rentetan peristiwa (ditambah dengan sedikit elemen drama yang ditokok tambah sebagai rencah komersialisme) yang berlaku dalam 3 tahun terakir dalam hidup Rosli Dhoby sehingga ke peristiwa pembunuhan Sir Duncan George Stewart dan ke tali gantung.
Kenapa peristiwa ini penting? It signified the beginning of nationalism in Sarawak. Dulu-dulu instead of Kompeni Hindia Timur Inggeris (seperti di Malaya), Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke. Hubungan rakyat Sarawak dan the White Rajahs baik. The people of Sarawak hidup aman dan makmur. Lepas tu Jepun datang…after Jepun kalah, maybe keadaan agak kelam kabut, so raja masa tu, Charles Vyner Brooke telah menjual Sarawak kepada British dengan harga 1 juta pound sahaja. Apa dia ingat harga diri dan hak orang Sarawak murah macam tu ke? Si Charles Vyner Brooke ni jugak telah mengikat perjanjian selama 75 tahun dengan syarikat Anglo Saxon (nama lama bagi kompeni yang saya bekerja sekarang, daym) yang menguntungkan dia dari tahun 1909-1984. So, orang Sarawak memang tak merasa kemewahan hasil bumi sendiri, dan cukai yang dibayar digunakan untuk membina rumah-rumah agam bagi pegawai British.
So, apa lagi…mestila rakyat rasa tertindas. Maka bermulalah gerakan anti-cession di Sarawak. Seramai 338 orang pegawai kerajaan (termasuk guru-guru) yang berhenti kerja sebagai tanda tak puas hati kepada kerajaan British yang baru. Anthony Brooke, anak saudara Charles Vyner cuba untuk meleraikan kekusutan yang timbul, tapi agak dihalang oleh British….yada yada, (selebihnya sila rujuk buku sejarah).
Apa yang saya nak cakap di sini tentang cerita Rosli Dhoby ni:
1. Masa Rosli bunuh gabenor tu, umur dia baru 17 tahun dan sudah faham akan makna perjuangan, masa umur saya 17 tahun, saya tengah sibuk bercinta monyet, main pancaragam dan SPM. Adik saya yang umur 16 tahun sekarang tahu nak mengamuk je jika kehendaknya tak dipenuhi.
2. Tentang cinta. Rosli Dhoby ada girlfriend. Nama dia Ani. Tapi orang dulu-dulu biasalah, bercinta sembunyi-sembunyi dan tulis surat pun sembunyi-sembunyi (bertapok kata orang Sarawak). Sampai sekarang, Hajah Ani tak kahwin (gambar dia boleh digoogle, rasanya masa muda dulu mesti cantik). Teringat kata-kata my friend, "kalau ikut kepercayaan kamek orang, semua orang ada jodohnya, mun orang ya sik kahwin, maknanya jodohnya dah mati". Rasanya ni kisah cinta sejati ni. Mungkin cinta Ani terhadap Rosli sungguh kukuh sampai dia tak boleh bukak hati untuk orang lain.
3. Sarawak finally gained independence (and joined Malaysia) in 1963, through negotiation. Mungkin tindakan Rukun 13 (yang merancang pembunuhan gabenor) agak terburu-buru dan radikal, tapi tak boleh salahkan diorang jugak. Takkan cukup berpuas hati dengan tampal poster je. Nak tampal poster pun macam-macam halangan dari British. Marah beb. However, sekarang ni pun penindasan akan hak rakyat dah berlaku kembali di Sarawak. Bukan oleh orang luar, tapi orang sendiri. Kekayaan sumber bumi dieksploitasi tanpa mengira hak dan kerosakan pada alam sekitar. Saya tak nak sebut panjang lebar kat sini nanti saya kena bunuh (hehehe, dramatic). Fikir-fikirkanlah sendiri what I meant by that.
OK…itu jelah yang dapat saya cakap hari ni..here are some pictures of Rosli Dhoby's and Awang Morshidi's batu nisan. Mereka dihukum gantung pada tahun 1950 di Penjara Sentral, Kuching dan dikebumikan di perkarangan penjara tersebut tanpa tanda. Dalam 1980s kot (if I got my facts right) baru diletak tanda dan pada tahun 199x, jenazahnya dan 3 orang rakan seperjuangan yang lain dibawa balik ke Sibu, tanah tumpah darah diorang. Gambar yang saya ambik ni, bekas batu nisan tu je yang diletakkan di perkarangan Muzium Islam Sarawak, Kuching.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
JANGAN BIARKAN MINDA ANDA DIJAJAH
P/S: Saya ada tengok diorama di MONAS, Jakarta tentang perjuangan rakyat Indonesia menentang Belanda. Sangat kagum.
No comments:
Post a Comment