hari ini, saya berpindah dari Columbus Circle ke Williamsburg di kawasan Brooklyn...kenapa? sebab saya nak merasa kawasan kejiranan yang berbeza dan juga untuk harga sama yang saya bayar bagi penginapan di kota Manhattan, saya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa....di sini, walaupun tidak seriuh di TImes Square, tetapi tetap meriah di waktu malam kerana di sinilah tempat kebanyakan orang-orang muda kota New York tinggal..dan tempat makan di sini agak murah dan sedap.
saya pergi menaiki subway dengan luggage besar seberat 28 kilo, beg sandang di belakang yg rasanya adalah dalam 5-6 kilo dan sling bag yang tidak pernah lekang dari saya....berat jugakla...tapi perjalanan ini sepatutnya mudah, naik tren B atau D ke 14 St station, dan tukar ke tren L menuju Bedford Ave...perjalanan dari pintu hostel yang saya diami ke stesen Columbus Circle adalah dalam 5 minit sahaja berjalan kaki dan terdapat kemudahan lif yang boleh saya gunakan untuk mengangkut barang ke bawah... jadi, dari saya menaiki teksi dan membayar bayaran yang agak mahal kerana jaraknya agak jauh ditambah dengan kesesakan lalu lintas, apa salahnya saya menaiki subway kerana saya sudah ada pas mingguan untuk ini.
dari hostel di Columbus Circle ke stesen subway tidak ada masalah kecuali bagaimana saya hendak melalui palang yang kecil dengan beg -beg saya....tidak menjadi masalah...tapi yang menjadi masalahnya adalah bila terjadi rentetan peristiwa seperti ini:

No comments:
Post a Comment